Hai semua!
Hari tu kan kite buat oreo cheese cake
Ade seorg hamba Allah ni mintak kite resepi tu
So this is the recipe:
BAHAN-BAHAN:
PART A
50 gram butter
2 paket oreo
1 tbs gula perang
PART B
250 gram cream cheese
(kite guna philadelphia...tp kalau nk murah guna cream cheese lain pn blh)
80 ml fresh milk
(kite guna susu dutch lady)
1/2 cup gula halus
1 tbs gelatin
40 ml air panas
100 ml whipping cream
CARA-CARA:
1- Biar butter dlm suhu bilik supaya senang nk lenyek.
2- Asingkan 7 keping oreo utk PART B (optional)
3- Asingkan krim dan biskut oreo td.
4- Hancurkan biskut oreo. Lepas tu masukkan butter dan gaulkan.
5- Masukkan 1 sudu besar gula perang. Gaul sebati. Lepas tu masukkan ke dlm bekas kek.
6- Masukkan ke dlm peti sejuk selama sejam.
7- Lenyek cheese. Sambil lenyek boleh masukkan fresh milk dan whipping cream.
8- Kemudian masukkan gula. Kacau sampai sebati.
9- Campurkan 1 tbs gelatin dgn air panas (kacau betul2 sbb gelatin ni melekat)
10- Masukkan gelatin td ke dlm cheese. Masukkan sekali krim biskut oreo yg diasingkan td. Kacau.
11- Bila dh sebati...hancurkan 7 keping oreo yg lebih td n kacau.
12- Lepas 1 jam, keluarkan PART A dan masukkan PART B ke dlm bekas kek td.
13- Letak dlm peti ais balik lebih kurang 4-5jam. SIAP!!
Selamat Mencuba ye kawan2 :)
p/s: masa masukkan dlm peti ais tu tutup la dgn aluminium foil ke...mane tau peti ais tu ade bau mcm2 ke kn :)
nak tnye...krenye nak wat kek ni die xyah bkar ek???
ReplyDeleteyup...kek ni xyah bakar
ReplyDelete